Monday, March 19, 2012

Program Gotong Royong Mengecat Bangunan PD PNM Kg Ladang Batu

Program Gotong-Royong Mengecat Bangunan PD PNM Kg Ladang Batu
Anjuran     : JKKK Kg Ladang Batu
Tempat     : PD PNM Kg Ladang Batu
Tarikh       : 17hb & 18hb Mac 2012
Masa        : 8.00pg - 5.00 ptg
Peserta     : 49 peserta

       Program Gotong-Royong Mengecat Bangunan PD PNM Kg Ladang Batu ini adalah anjuran JKKK Kg Ladang Batu. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada En Awaluddin Bin Sarjuni iaitu selaku Ketua Kampung JKKK Kg Ladang Batu kerana sudi menyumbang cat dan tenaga. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penduduk kampung yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan program ini.


 Pra gotong-royong ... semua kertas dan sticker di dinding terpaksa di tanggalkan untuk memudahkan proses mengecat
 Pengguna juga turut membantu ...
 Berat rak buku ni, terima kasih kepada yang sudi membantu...

 Hari pertama : Cat undercoat dahulu ....




 wow!! :) green ..... 











 Masa untuk berehat dan makan tengah hari sumbangan JKKK juga ...




Bilik ICT terpaksa di tutup selama 3 hari kerana proses mengecat..

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, February 8, 2012

ESQ

Alhamdulillah diberi peluang untuk mengikut seminar ESQ yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sebenarnya gambar ni dah tersimpan lama didalam folder saya ni. Banyak info, kesedaran tentang ciptaan Allah swt yang saya perolehi, terima kasih kepada penceramah yang diundang. Walaupon dalam loghat Indonesia ia masih boleh di fahami.

 Kenangan saya bersama kak Sannyza, teman sekerja di PD Ladang Batu sebagai Penolong Pegawai.

 Suasana didalam dewan SUK, Shah Alam



Apa yang lebih bermakna adalah saya berkesempatan untuk membeli Al-Qur'Anul Karim ni, Pada masa ini, saya memang tak cukup bawa duit, harganya pula dalam RM200++. Tapi Alhamdulillah, penjual tersebut memberi kepercayaan kepada saya bersama kak Sannyza untuk mengambil dahulu dan bayar kemudahan secara ansuran . 



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, February 2, 2012

Maulidur Rasul 2012

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, January 28, 2012

Pertandingan Membuat Roti Sandwich & Ice Blended

Tarikh : 28hb Januari 2012
Hari : Sabtu @ 10.30 pagi
Aktiviti : Pertandingan Membuat Sandwich & Ice Blended
Penyertaan : 16 peserta (DE=2, RE=8,KK=6)

Pertandingan Membuat Sandwich & Ice Blended ini terbahagi kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan di wakili oleh 2 orang sahaja. Kumpulan yang bertanding adalah kumpulan :

1) Puteri Salju ( Pn Zalina & Pn Rasidah)
2) Mr Simple (Zulhisyam & Adzharif)
3) Khai (Khairil & Khairudin)
4) Karl-Fura (Khalida & Safura)
5) Apa-Apa Aje (Haliza & Fazareena)
6) Pola Bear (Elisma Natasha & Elyana Syahira)
7) Dragon Hunter ( Ar Razak & Hakimi)
8) Sweet (Salsabila & Emylia)

Seronok menjayakan pertandingan ini kerana dapat melihat kreativiti dan bakat masakan yang terpendam .


Semasa permulaan pertandingan (bahagian buat sandwich)

bahagian buat Ice Blended

kumpulan Karl-Fura (No 1)

Sedang menyiapkan Roti Sandwich yang enak .... Mak-mak pon ikut serta









Apa lah yang di sembangkan oleh kumpulan Dragon Hunter ni yer





Pembakar Roti



Menyiapkan Milo Tabur Ice Blended


Roti Sandwich yang di buat oleh kumpulan Apa-Apa Aje ... Cantik kan ...? Selera ..





Kumpulan Pola Bear sedang menyiapkan Nescafe Ice Blened

Hasil Kreativiti Kump. Karl-Fura ... semua enak-enak belaka















Juri Pertandingan iaitu saya dan Pn Rohaya

Pelbagai rasa ada ... ada yang tawar, ada yang masin dan ada yang istimewa





ini pula saki baki bahan-bahan pertandingan... leburkan sahaja, makan beramai-ramai

Penyampaian hadiah









Kumpulan Sweet ni adalah peserta terakhir sebab mereka ada program UPSR di sekolah, walaupun dan habis pertandingan tetapi mereka tetap nak masuk sebab dah sediakan bahan-bahan



Memang kreatif walaupon sandwich tu teramat masin, tetapi Ribena Strawberry Ice Blended adalah penawarnya ... tawar .. hehehe

Kumpulan Sweet (Emylia & Salsabilla)


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu