Wednesday, November 23, 2011

Kraf Kreatif : Cara Membalut Kotak Hadiah

Tarikh : 23hb Nov 2011
Masa : 2.30 ptg
Aktiviti : Cara Membalut Kotak Hadiah
Penyertaan : 12 peserta ( 2 Remaja, 10 Kkanak)

Tujuan saya menganjurkan aktiviti 'Cara Membalut Kotak Hadiah' ini adalah untuk memberi idea yang lebih kreatif semasa membuat pembungkusan kotak hadiah. Di dalam aktiviti ini, para peserta di ajar cara bagaimana membalut kotak hadiah secara lipatan. Ini memberikan idea yang baru dengan cara yang kreatif kepada para peserta.



Pn Rohaya sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta

Si Cilik juga ikut serta..

Setiap peserta memberikan sepenuh perhatian di dalam aktiviti ini

Agak rumit juga untuk membuatnya, tapi bila sudah mahir tentu lebih mudah kan ..?



kertas hadiah yang sudah dilipat







Inilah hasilnya !



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Pertandingan Baca Pantas

Tarikh : 23hb Nov 2011
Masa : 11.30 pg
Aktiviti : Pertandingan Baca Pantas
Penyertaan : 11 orang kanak-kanak

Tujuan saya mengadakan aktiviti 'Baca Pantas' adalah untuk melihat sejauh mana kelancaran dan kefahaman para peserta didalam membaca buku. Alhamdulillah, ramai juga yang dapat membaca dengan lancar walaupon didalam bahasa baku.

Pemenangan untuk pertandingan 'Baca Pantas' di menangani oleh adik Mohamad Adzariff Bin Normadi dengan catatan masa sebanyak 41 saat. Tahniah!









❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, November 22, 2011

Cekap Minda

Tarikh : 22 hb Nov 2011
Masa : 2.30 ptg
Aktiviti : Cekap Minda
Penyertaan : 12 orang Kanak-kanak

Tujuan saya mengadakan aktiviti 'Cekap Minda' ini adalah untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan para peserta tentang perkara yang ada di persekitaran kehidupan mereka. Aktiviti ini berjalan dengan lancar kerana mereka membuat perbincangan tentang soalan-soalan yang diberikan.

Aktiviti ini mudah sahaja, iaitu para peserta perlu menjawab soalan yang diberikan didalam ruangan 'Pembayang', apabila jawapan sudah di perolehi para peserta perlu mencari jawapan tersebut didalam ruangan silang kata pula.

Sumber rujukan :
Majalah Dewan Pelajar keluaran September 2011


Adik-adik perlu mencari jawapan untuk soalan yang diberikan di ruangan 'pembayang'

Sudah dapat jawapan , adik-adik perlu mencari jawapan di ruangan yang telah disediakan

Perlu mewarna jawapan tersebut supaya mudah dilihat











❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Pertandingan Susun Puzzle Berpasangan

Tarikh : 22hb Nov 2011
Masa : 10.30 pg
Aktiviti : Pertandingan Susun Puzzle Berpasangan
Penyertaan : 8 orang kanak-kanak

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk melihat kerjasama diantara pasangan masing-masing . Selain itu , ia juga diadakan untuk mengeratkan tali silaturahim di kalangan ahli perpustakaan.


Suasana pertandingan

Kumpulan 1 : Salsabilla dan Nurul Husna

Kumpulan 2 : Siti Noor Emylia dan Nur Amira Uzma

Kumpulan 3 : Khairil dan Khairuddin

Kumpulan 4 : Hakimi dan Izzatul Huda


Pemenang untuk acara ini adalah dari kumpulan 2 iaitu Siti Noor Emylia dan Amira Uzma dengan catatan masa 21 minit.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Monday, November 21, 2011

Kraf : Getah Rambut


Tarikh : 21hb Nov 2011
Masa : 02.30 ptg
Aktiviti : Kraf Getah Rambut
Penyertaan : 11 peserta ( 1 D, 4R, 6 Kk)

Aktiviti kraf membuat Getah Rambut ini dipilih adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk membuat getah rambut yang mudah dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kain perca. Terima kasih kepada Pn Rohaya iaitu N1 bagi PD Kg Ladang Batu kerana membantu melaksanakan aktiviti ini.

Pn Rohaya sedang sibuk mengasing-asingkan kain perca yang masih boleh digunakan

Pn Shida turut serta bersama anak-anak lelaki beliau

hanis dan faridah juga seronok melakukan aktiviti ini

jangan tak percaya... kanak-kanak lelaki pon pandai menjahit.

kusyuknya amir menjahit getah rambut untuk diberikan kepada ibunya

Pn Rohaya sedang mengajar Tasha bagaimana untuk menjahit manik di atas getah rambut tersebut.

buat jangan tak buat .. jimatkan kos beli getah rambut

1 family...

tadaaaa! para peserta menunjukkan hasil kretif masing-masing

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, November 19, 2011

Ulasan Buku : Urut Tradisional Melayu Warisan Opah Umi


Sinopsis :
Rawatan urutan tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi dan amat penting terutama bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan terutama dalam kalangan mereka yang sudah mencecah usia 30-an.

Antara manfaat melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekaligus melancarkan perjalanan darah, juga menghilangkan rasa kebas dan lesu. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperoleh tubuh yang lebih sihat, tetapi juga membantu ibu untuk mengekalkan tubuh yang langsing.

Rawatan urutan tradisional bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas seharian penat bekerja yang lazimnya mampu membantu mengurangkan ketegangan.

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, November 18, 2011

Aktiviti : Animal Forest

Tarikh : 18hb Nov 2011
Masa : 03.00 ptg
Aktiviti : Animal Forest
Penyertaan : 8 peserta kanak-kanak

Objektif :
Tujuan saya mengadakan aktiviti yang bertajuk 'Animal Forest' ini adalah bertujuan supaya para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dapat mengenali jenis-jenis haiwan yang terdapat di dalam hutan. Agak rumit untuk melakukannya, kerana aktiviti ini memerlukan kesabaran , kerana para peserta perlu mewarna , menggunting dan menampal. Saya amat berpuas hati melakukan aktiviti ini kerana hasil mereka sungguh cantik dan kemas .


Mewarna jenis-jenis tumbuhan di dalam hutan

Penggunaan warna air juga digalakkan

mewarna jenis-jenis haiwan didalam hutan

kusyuknya 2 beradik ni mewarna

langkah seterusnya adalah menampal di atas kertas lukisan









hasilnya!..

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu