Tuesday, October 2, 2012

✿ Puppet Show Di INTEKMA Shah Alam

Persembahan Puppet Show ini telah diadakan di Resort Intekma Shah Alam pada 23hb September 2012. Kami petugas dari Zon 03 Selangor mewakili PPAS telah di jemput untuk mengadakan persembahan Puppet Show untuk anak-anak Orang Kurang Upaya dari PDK kawasan Shah Alam.

Antara petugas-petugas yang terlibat adalah :-
Saluah Binti Mundagir & Rohaya Binti Kasman dari PD Kg Ladang Batu
Norliza Binti Kamaronzaman & Shahrul Helme Ibrahim dari PD Sg Kelambu
Nor Azmira Binti Sairan dan PD Kg Batu Laut
Siti Adiza Binti Normadi dari PD Kg Morib
Pn Norita dari PD Jugra
Pn Zainab Binti Amron dari Perpustakaan Daerah Banting

Shahrul Helme dan Siti Adiza telah di tugaskan untuk memakai maskot Anis & Alif

Sebelum mengadakan persembahan tersebut kami telah beberapa kali membuat latihan di Perpustakaan Daerah Kuala Langat, cerita kami adalah mengisahkan tentang Selamatkan Hutan Rimba Kita.

Tujuan mengadakan persembahan ini adalah untuk mengisi kekosongan masa sewaktu para ibubapa dan petugas PDK sedang mengadakan mesyuarat Agong. Apa-apapun kami seronok mengadakan persembahan ini disamping memberi pengalaman baru dan dapat mengenali kanak-kanak oku ini dengan lebih dekat.


Sedang membuat persiapan

Sarapan dahulu, terima kasih kepada pihak penganjur


Berbincang dahulu, bagaimana untuk memulakan persembahan

Sessi Latihan
Inilah tempat persembahan kami
Maskot Alif yg dipakai oleh Shahrul Helme bersama kanak-kanak OKU

Bergambar sebelum mengadakan persembahan bersama Pengacara yang bertugas

Suasana didalam dewan


Makan tengahari yang telah disediakan oleh Pihak Penganjur

Suasana selepas persembahan, melayan kareanah mereka


kesian petugas-petugas kena hembus belon untuk diberi kepada kanak-kanak OKU



Selesai ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, September 14, 2012

✿ Jamuan Hari Raya 2012

 Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kami berkesempatan mengadakan sedikit jamuan hari raya untuk para pengunjung perpustakaan desa kg ladang batu. Jamuan ini diadakan pada 14hb September 2012 dan disertai oleh 26 orang pengunjung.


diantara menu yang dihidangkan, kerabu mangga dan salad buah-buahan

 suasana semasa jamuan dijalankan
 meriahkan ...??



 tetamu undangan .... Kay dan Mira dari PD Kg Batu Laut


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, September 12, 2012

✿ Dinasour Stick Puppet

Aktiviti kali ini adalah berbentuk kraf yang dinamakan sebagai Dinasour Stick Puppet. Seramai 8 orang kanak-kanak menyertainya . Aktiviti kali ini amat mudah, kami hanya cetak gambar dinasour melalui internet. Kemudian kanak-kanak hanya perlu mewarna mengikut kreativiti sendiri, gunting dan lekatkan pada lidi buloh. Mudahkan ...?


 




Inilah hasilnya ... ceria betul mereka melakukan aktiviti ini ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, September 6, 2012

✿ Origami Swan

 Origami .. Origami adalah salah satu aktiviti yang mudah dan digemari oleh kanak-kanak. Dengan menggunakan sehelai kertas pelbagai bentuk boleh dibuat, contohnya : burung jinjang, bintang, ikan, bunga, pelbagai bentuk haiwan dan sebagainya. Paling menyeronokkan apabila origami berjaya dilakukan dan mendapat hasil yang cantik.

Kali ini kami membuat aktiviti origami berbentuk swan ... adik-adik boleh merujuk didalam carian di Google dan Youtube. Aktiviti ini dilakukan pada 06 September 2012 dengan jumlah penyertaan seramai tujuh (7) peserta.





Inilah hasil origami yang dihasilkan, kalau adik-adik nak buat pelbagai warna pon tidak mengapa ... cantik kan ...?


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, August 29, 2012

✿ Tanjak Kemerdekaan ✿


✿ TANJAK KEMERDEKAAN✿

Tarikh          : 25hb Ogos 2012
Penyertaan   : 7 peserta Kanak-kanak

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 ini , kami melakukan aktiviti kraf membuat Tanjak Kemerdekaan. 








❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, August 16, 2012

✿ Sampul Raya ✿


✿ SAMPUL RAYA ✿

Tarikh           : 16hb Ogos 2012
Penyertaan    : 9 peserta { 8 Kk : 1 RE }

Aktiviti kali ini adalah membuat Sampul Raya sempena hari raya yang bakal menjelang tiba. Menggunakan kaedah quilling juga, kali ini berbentuk sebuah masjid ... 








 ✿ SAMPUL RAYA KREATIF ✿



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, August 11, 2012

✿ Pelita Raya ✿

✿ AKTIVITI KRAF PELITA RAYA ✿

Tarikh      : 11hb Ogos 2012
Penyertaa : 10 Peserta { 8 Kk : 2 RE }
Peralatan/Bahan :
  1. Tin Minuman
  2. Sumbu Pelita
  3. Gunting
Cabaran aktiviti kali ini adalah membuat kraf Pelita sempena hari raya ini dengan menggunakan tin minuman. Kraf Pelita amat mudah dilakukan dan menjimatkan kerana hanya menggunakan bahan-bahan terbuang.







✿ Inilah Hasilnya ✿




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

✿ Pertandingan Mewarna Suasana Hari Raya ✿

✿ PERTANDINGAN MEWARNA SUASANA HARI RAYA ✿

Tarikh         : 11hb Ogos 2012
Tempat       : PD PNM Kg Ladang Batu
Penyertaan  : 14 Peserta { 11Kk : 3RE }








❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu