Tuesday, October 2, 2012

✿ Puppet Show Di INTEKMA Shah Alam

Persembahan Puppet Show ini telah diadakan di Resort Intekma Shah Alam pada 23hb September 2012. Kami petugas dari Zon 03 Selangor mewakili PPAS telah di jemput untuk mengadakan persembahan Puppet Show untuk anak-anak Orang Kurang Upaya dari PDK kawasan Shah Alam.

Antara petugas-petugas yang terlibat adalah :-
Saluah Binti Mundagir & Rohaya Binti Kasman dari PD Kg Ladang Batu
Norliza Binti Kamaronzaman & Shahrul Helme Ibrahim dari PD Sg Kelambu
Nor Azmira Binti Sairan dan PD Kg Batu Laut
Siti Adiza Binti Normadi dari PD Kg Morib
Pn Norita dari PD Jugra
Pn Zainab Binti Amron dari Perpustakaan Daerah Banting

Shahrul Helme dan Siti Adiza telah di tugaskan untuk memakai maskot Anis & Alif

Sebelum mengadakan persembahan tersebut kami telah beberapa kali membuat latihan di Perpustakaan Daerah Kuala Langat, cerita kami adalah mengisahkan tentang Selamatkan Hutan Rimba Kita.

Tujuan mengadakan persembahan ini adalah untuk mengisi kekosongan masa sewaktu para ibubapa dan petugas PDK sedang mengadakan mesyuarat Agong. Apa-apapun kami seronok mengadakan persembahan ini disamping memberi pengalaman baru dan dapat mengenali kanak-kanak oku ini dengan lebih dekat.


Sedang membuat persiapan

Sarapan dahulu, terima kasih kepada pihak penganjur


Berbincang dahulu, bagaimana untuk memulakan persembahan

Sessi Latihan
Inilah tempat persembahan kami
Maskot Alif yg dipakai oleh Shahrul Helme bersama kanak-kanak OKU

Bergambar sebelum mengadakan persembahan bersama Pengacara yang bertugas

Suasana didalam dewan


Makan tengahari yang telah disediakan oleh Pihak Penganjur

Suasana selepas persembahan, melayan kareanah mereka


kesian petugas-petugas kena hembus belon untuk diberi kepada kanak-kanak OKU



Selesai ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu