Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 tahun. Pada tahun ini kami telah bercadang untuk mengadakan kelainan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke 61 dengan mengadakan lawatan ke Bukit Jugra serta Kg. Bandar. Tempat tersebut di pilih kerana ianya merupakan tempat bersejarah untuk daerah Kuala Langat.
Pada 24 Ogos 2018 yang lalu kami telah berkesempatan membuat pendakian di Bukit Jugra, Banting Selangor. Lawatan tersebut adalah seramai 28 peserta terdiri daripada ahli PD Kg Ladang Batu. Pada pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Bukit Jugra dan sampai pada pukul 9.20 pagi. Setibanya di sana kami meneruskan aktiviti pendakian tersebut. Pendakian ke Bukit Jugra mengambil masa 20 minit sahaja kerana kami melalui jalan tar sahaja. Next time, mendaki melalui jalan hutan pula ya.
Kesemua peserta amat teruja apabila sudah sampai ke Rumah Api/Balai Cerap juga sebagai tempat Paragliding. Selesai sesi bergambar di Bukit Jugra destinasi kami ke Muzium Insitu Jugra dan Istana Bandar.
0 comments:
Post a Comment