Pertandingan Jelajah Perpustakaan ini telah dilaksanakan pada bulan Disember 2015 yang lalu. Pertandingan ini dilaksanakan bersempena Program Mini Karnival Perpustakaan Di Hatiku. Sebanyak 4 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Jelajah Perpustakaan ini adalah seperti 'Treasure Hunt' iaitu para peserta perlu mencari klu dan menyelesaikan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan klu yang seterusnya.
Antara halangan-halangan yang perlu mereka lakukan adalah seperti membuat 2 jenis Origami (bebas), isi air dalam botol menggunakan sudu, kupas bawang putih menggunakan gigi, makan buah epal dan pelbagai lagi.
Ianya memang menyeronokkan kerana pertandingan seperti ini amat digemari oleh para peserta kerana dapat menyelesaikan satu misi dengan jaya bersama rakan kumpulan, dapat bekerjasama dengan baik antara ahli kumpulan dan mengeratkan tali silaturahim.
0 comments:
Post a Comment