Alhamdulillah, terima kasih dengan kehadiran adik-adik dari Tabika KEMAS Kg Batu Laut serta cikgu-cikgunya iaitu Cikgu Maizatul Akma dan Cikgu Siti Amnah yang sudi melawat ke perpustakaan kami pada 12 Ogos 2016 yang lalu...
Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena kedatangan mereka ke perpustakaan kami juga bersempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :-
Pertama :
AKTIVITI JOM BACA BUKU
Adik-adik tabika perlu mencari bahan bacaan yang mereka inginkan di rak-rak buku yang telah disediakan, keutamaan adalah rak buku kanak-kanak. Sungguh teruja mereka dapat mengambil pelbagai buku yang ada di dalam rak tersebut, mana taknya pelbagai buku yang menarik dapat menarik perhatian mereka.
Kedua:
AKTIVITI SAINS (AIR BERJALAN)
Aktiviti ini memerlukan kami melakukan demo kepada adik-adik bagaimana aktiviti sains (air berjalan) ini dilakukan. Caranya adalah dengan mengisi 6 gelas cawan berisi air paip. Kemudian 3 cawan secara berselang diletakkan perwarna makanan mengikut warna kesukaan seperti warna biru, merah dan hijau. Kemudian letakkan tisu tandas di setiap cawan tersebut dan basahkan tisu tersebut, maksudnya cecahkan tisu di dalam air setiap cawan. Tisu tidak perlu di putuskan atau koyak. Lama kelamaan air akan menyerap tisu tersebut bersama pewarna, sungguh cantik warnanya, kanak-kanak sungguh teruja.
Ketiga:
AKTIVITI SAINS (GUNUNG BERAPI)
Aktiviti ini juga memerlukan kami melakukan demo bersama adik-adik bagaimana melakukan aktiviti sains (gunung berapi). Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
i- Botol mineral (kecil)
ii- Soda bikarbonat
iii - Cuka masakan
iv- doh tanah liat (tepung gandum,garam & air)
v- Pewarna merah
Caranya saya akan tunjukkan pada entry akan datang ya InshaAllah.
Ketiga:
Mewarna Bendera Malaysia!
Keempat :
Persembahan Bercerita dari adik yang bernama Gabriel
Kelima:
Nyanyian Lagu Tanggal 31 Ogos bersama kibarkan bendera Malaysia yang mereka dan warnakan.
Terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak kami kepada cikgu dan adik-adik dari Tabika KEMAS Kg Batu Laut kerana memberikan kerjasama yang amat baik...
Jumpa Lagi!!
0 comments:
Post a Comment