Tarikh : 04 Nov 2010 @ khamis
Masa : 09.30 am ~ 10.30am
Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar Dari Pelajar Tahun 6 SK Batu Laut
Penyertaan : 60 Orang Pelajar & 6 Orang Guru
Penyertaan : 60 Orang Pelajar & 6 Orang Guru
Setiap tahun guru-guru SK Batu Laut akan mengadakan aktiviti lawatan sambil menunggang basikal khas kepada pelajar-pelajar yg sudah habis peperiksaan UPSR. Kebiasaannya, mereka akan membuat lawatan ke IKS yg terdapat di kampung-kampung yang berhampiran dengan sekolah, seperti tempat tanaman cendawan, kilang kerepek, kilang roti dan sebagainya .
Melihat keadaan itu, kami berhasrat untuk menjemput mereka mengunjungi Perpustakaan Desa kami sebagai lawatan sambil belajar. Di sini, kami memperkenalkan tentang fungsi Perpustakaan Desa, cara mencari maklumat di dalam buku tebal ,senarai tugas-tugas dan mengadakan kuiz peribahasa.
Pelajar2 tiba di perkarangan Perpustakaan pada jam 09.30pg di iringi oleh cikgu pengiring masing-masing
Mengatur basikal masing-masing di dalam laman perpustakaan
Pn Hjh Hamidah selaku Penolong Kanan SK Batu Laut memberi ucapan dan kata-kata nasihat kepada pelajar-pelajar
Beratur sambil mendengar ucapan dari guru masing2
Cik Sannyza mengalu2kan kedatangan pelajar2 dan guru2 SK Batu Laut
Cik Sannyza menunjukkan cara-cara untuk mencari maklumat di dalam buku tebal
Memberi hadiah berupa notepad kepada pemenang kuiz peribahasa
Selesai...
Para pelajar keluar dari perpustakaan dari jam 10.30am
Kemudian, mereka menuju ke rumah Pn Siti Romzah Suparman untuk jamuan
Tiba di perkarangan rumah Pn Siti Romzah
bergambar kenangan
Pn Romzah memberi ucapan sambil menjemput masuk ke dalam rumah
0 comments:
Post a Comment