Sunday, April 7, 2013

Kraf Layang-Layang

Pada 15hb Mac 2013 pihak perpustakaan telah menganjurkan sebuah aktiviti yang diberi nama Kraf Layang-Layang. Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah menyertainya. Kraf ini memang sungguh comel sekali dan sesuai dilakukan oleh kanak-kanak, mesti mereka akan gembira untuk membuatnya. Melakukannya juga sungguh mudah sekali, anda hanya perlu kreatif dalam melakar corak apa yang ingin diletakkan ke atas layang-layang tersebut.








Inilah hasilnya, mereka membuat corak wajah manusia ke atas layang-layang mereka, ada wajah ceria, selamba dan juga wajah menangis ... heeee, kreatifkan ...?



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, April 3, 2013

Kraf Ladybird

Kraf Ladybird yang comel dan cute ini telah dilaksanakan pada 15hb Februari 2013 dan telah disertai oleh seramai 6 orang peserta termasuk remaja dan kanak-kanak










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Blue Whale Paper

 Pada 15 Februari 2013 seramai 6 orang peserta remaja telah menyertai aktiviti Blue Whale Paper ini.





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Origami Cendawan

Origami Cendawan yang cute tu ... heeee.Pada 14hb Februari 2013 seramai 7 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. 





cendawan berulat ... comeii pulak ulat tu kan ...??


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Fold and Cut - Kangaroo

Satu lagi aktiviti yang menggunakan kaedah gunting, warna dan bentukkan. Pada 14hb Februari 2013 seramai 9 orang peserta telah berjaya melaksanakannya ...







❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Chicken Feeding and Rabbit Cut Away

Pada 13hb Februari 2013 yang lalu , pihak perpustakaan telah mengadakan sebuah aktiviti yang di beri nama Chicken Feeding and Rabbit Cut Away. Mudah sahaja adik-adik perlu warna, gunting dan bentuk kan mengikut 'template' yang telah diberi. Seramai 7 orang termasuk remaja dan kanak-kanak telah menyertainya .










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Gold Fish

Selepas kami membuat aktiviti sampul ang pao saya membuat aktiviti Gold Fish pula yang menggunakan sampul ang pao 'ready made'. Anda boleh membuat carian di google jika hendak melakukan aktiviti seperti ini. Sungguh mudah dan cantik, kebiasaanya gold fish ini akan dijadikan sebagai hiasan di rumah-rumah, ruang pejabat dan sebagainya. Seramai 8 orang termasuk remaja dan kanak-kanak telah menyertainya. Selamat mencuba!













❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Ang Pao Paper Heart

Biasanya kalau tiba sesuatu perayaan sama ada Hari Raya ataupon Tahun Baru Cina istilah Duit Raya @ Ang Pao mesti adakan ...? mesti kanak-kanak tak sabar nak duit raya @ ang pao ni. Pelbagai bentuk dan reka corak telah di hasilkan, tetapi kebanyakannya lebih mudah beli yang 'ready made'.

Jika anda inginkan kelainan, apa kata kita cuba versi terbaru ang pao ni. Pada 09hb Februari 2013 seramai 8 orang termasuk remaja dan kanak-kanak telah berjaya menghasilkan aktiviti yang di beri nama Sampul Ang Pao Paper Heart. Mudah sahaja, para peserta hanya perlu gunting dan gam sahaja ikut pada 'template' yang telah saya berikan.








Jika anda kreatif boleh hasilkan sampul ang pao seperti ini...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kad Tahun Baru Cina

Happy Chinese New Year kepada mereka yang berbangsa cina ye, tapi tu laaa di perpustakaan ni jarang ada pengunjung cina oleh itu tak dapat laa nak wish kepada mereka yang berbangsa cina. 

Walaubagaimanapon, pihak perpustakaan tetap akan mengadakan aktiviti sempena tahun baru cina ini. Aktiviti kali ini adalah membuat Kad Tahun Baru Cina versi mercun. Kebiasaannya kalau perayaan cina mesti ada meracun papan yang panjang tu kan ...? ada yang 10 kaki sampai ke 20 kaki panjangnya . Memang meriah.

Oleh itu, pada 08hb Feb 2013 seramai 11 orang termasuk remaja dan kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini. Sungguh mudah dan lain dari yang lain tau.








Kad Tahun Baru Cina versi Mercun Papan ...



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu