Wednesday, December 14, 2011

Treasure Hunt

Tarikh : 14 Dis 2011
Masa : 10.00 pg ~ 01.00 ptg
Aktiviti : Treasure Hunt
Penyertaan : 16 peserta ( 4 kumpulan, 1 kump. 4 orang)
4 Remaja & 12 Kanak-kanak

Aktiviti Treasure Hunt adalah cadangan dan permintaan dari para peserta. Permainan ini saya bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A, B , C dan D ... setiap kumpulan mempunyai 4 peserta. Setiap kumpulan perlu melantik Ketua Kumpulan, Pembantu, Setiausaha dan Bendahari kerana setiap mereka mempunyai tugasan yang tersendiri. Berikut adalah contoh treasure hunt / clue mengikut kumpulan masing-masing. Yang pastinya treasure hunt kali ini lebih mencabar dari sebelum nya ... Jom layan gambar setiap peserta semasa aktiviti sedang di jalankan...


Clue 1 ~ 3

Clue 4 ~ 6

Clue 7 ~ 9

Clue 10 ~ 12

Clue 13


Lyana perlu menyanyikan lagu Negaraku kepada Pn Mira



Setiap kumpulan perlu menyiapkan Susunan Puzzle yang telah disediakan

Cepat!!!!

Setiap kumpulan perlu mencari clue masing-masing .... jangan sepahkan susunan buku ye adik-adik



Kumpulan C perlu menyiapkan 'Word Scramble' untuk mendapatkan clue yang seterusnya

Ada ke clue itu di dalam pasu bunga isma ...?

Habis bilik stor di selongkar

dapat pon!!! kat sini rupanye ...



Cari jangan tak cari ...

amboi adik-adik ni sempat lagi makan ais krim .... mentang-mentang ade seorang atok belanja ais krim untuk adik-adik ni ... terima kasih atok Hj Mundagir ...

Bahasa Isyarat Simpulan Bahasa .... tak boleh tahan bile mereka sudah sampai ke tahap ini

Amboi.... sampai begini adik-adik ni cari clue yang seterusnya...

hahhaa ...

'Isma, ape azam tahun baru depan...?' mungkin itu yang di tanye khalida ...













ape-ape pon memang enjoy buat aktiviti seperti ini ...

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kursus Asas Komputer dan Internet

Tarikh : 14 Disember 2011
Masa : 09.00pg ~ 05.00 ptg
Tempat : PSR, Perpustakaan Sultan Abd Samad, Banting
Aktiviti : Kursus Asas Komputer dan Internet
Penyertaan : 10 peserta kanak-kanak
Tenaga Pengajar : En. Shulhu Talha & Pn Saluah Binti Mundagir











❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, December 13, 2011

Kraf Kreatif : Kapal Angkasa

Tarikh : 13 Disember 2011
Masa : 11.00pg ~ 12.00 tgh
Aktiviti : Kraf Kreatif ~ Kapal Angkasa
Penyertaan : 8 peserta (1 R, 7 Kk)

Sungguh kreatif hasil idea sumbangan Pn Mira ini, sebuah kapal angkasa dengan stand nya sekali ... Hanya menggunakan sekeping kertas kita mampu menghasilkan hasil kreatif seperti ini. Kanak-kanak juga turut teruja untuk melakukannya ...



Banyak menggunakan kaedah menggunting..





Inilah hasil kreatif kapal angkasa setiap peserta ....



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, December 7, 2011

Kraf Kreatif : Si Ulat Bulu

Tarikh : 07 Disember 2011
Masa : 10.30 pg ~ 12.00 tgh
Aktiviti : Kraf Kreatif ~ Si Ulat Bulu
Penyertaan : 7 peserta K.kanak
Peralatan :
~ Kotak Telur
~ Warna Air
~ Gunting / Pisau
~ Cat Eye
~ Gam
~ Kertas

Aktiviti kraf kali ini adalah idea yang disumbangkan oleh pn mira . Agak mudah untuk melakukannya . Bahan-bahan pula mudah di perolehi seperti kotak telur ... kalau beli telur sebanyak 30 biji mesti akan dapat kotak ini. Potong sebaris, warnakan kemudian bentukkan kepala Ulat Bulu dengan segumpal kertas ... mudahkan ...?


Ain Athirah sibuk mewarnakan Si Ulat Bulunya yang berwarna warni itu...

Apalaa yang di borakkan oleh si salsabilla tu ...

Inilaaaa Si Ulat Bulu saye ... comeiii tak ...?

Hasil kreatif Si Ulat Bulu ....

Peserta bersama hasil air tangan masing-masing ... hihihi

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, December 6, 2011

Origami : Bunga Lili

Tarikh : 6 Disember 2011
Masa : 02.00 ptg - 03.30 ptg
Aktiviti : Origami ~ Bunga Lili
Penyertaan : 10 peserta kanak-kanak

Aktiviti origami ni seperti sudah sebati dgn kanak-kanak di sini, setiap bulan mesti ada aktiviti seperti ini. Aktiviti Origami Bunga Lili ini saya dan pn. mira dapat idea dari sebuah buku kanak-kanak yang bertajuk 'Origami'... Agak sukar juga untuk membuatnya , memerlukan ketelitian dan kesabaran untuk mendapatkan hasil yang terbaik.



Pn Mira yang banyak membantu mengajar para peserta membuat origami ini..



Lipat jgn tak lipat ... jangan sampai terlipat jari sudah ...

hasilnya ... cantik bukan ...?

Buat banyak-banyak dengan pelbagai size dan warna, boleh juga ceriakan rumah anda ...

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, December 2, 2011

My 30th Day

Pada 2 Disember 2011 yg lalu merupakan hari lahir saya yang ke -30 tahun ... Saya berhajat untuk meraikannya di Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu . Saje saje ingin meraikan bersama para pengunjung yang selalu memberikan sokongan terhadap perpustakaan ini . Walaupun di raikan secara kecil-kecilan namun saya rasakan ia sungguh bermakna ... terima kasih kepada semua yang sudi meraikan.


Seutas jam tangan hadiah dari suami tersayang ....

antara menu yang dihidangkan ... simple ajer ...



Mango Cake ....

Suami saye turut meraikan di perpustakaan ...

Lyana sibuk menghias perpustakaan dengan belon ...

Emylia tidak turut ketinggalan ...

Lilin 3 btg yg mewakili umur saya ...



Tadaaaa.... hihihi macam kelakar je gambar ni ...


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Kraf Kreatif : Butterfly Mask

Tarikh : 02 Disember 2011
Masa : 10.30pg - 12.00 tgh
Aktiviti : Kraf Kreatif : Butterfly Mask
Penyertaan : 16 peserta
3 Remaja , 13 Kanak-kanak


Kusyuknya Bella, Mia & Lyana mewarna ... warna cantik-cantik tau ...





Suasana semasa aktiviti ini dijalankan ...



Lepas mewarna kena menggunting pula ...







Para Peserta bersama hasil kreativiti mereka ...

Tadaaa!! cantik tak hasil kreatif mereka ...?

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu