Monday, December 21, 2009

:: Outdoor Game ::


Tarikh : 19.12.2009 @ Sabtu

Aktiviti : Outdoor Game (Teng teng , Galah Panjang)

Penyertaan : 25 peserta @ 3 kumpulan

Penerangan :

Aktiviti ini dilakukan di atas permintaan kanak-kanak ahli perpustakaan dan juga di lakukan sebagai mengingati permainan tradisional kanak-kanak yang semakin di lupakan


Loncat jangan tak loncat salsabila!!

Kanak-kanak lelaki pon ikut join sekali

Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing

Uzma dgn pendapatnya sendiri

Contoh teng - teng kapal terbang

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, December 1, 2009

:: Membuka Ruang Pameran Hari Kecemerlangan ::

Tarikh : 18hb November 2009 @ Rabu
Masa : 07.00Am - 02.30Pm
Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Batu Laut
Aktiviti : Membuka Ruang Pameran sempena Hari Kecemerlangan dan 'Kempen Keahlian'

Usaha untuk mendapatkan penyertaan yang lebih meluas serta impak yang lebih berkesan daripada masyarakat. 'PAMERAN BUKU KOLEKSI PERPUSTAKAAN DESA PNM' telah diadakan di perkarangan SK Batu Laut, Tg Sepat. Pameran yang berkonsepkan 'MARI MEMBACA' bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak , bahawa membaca sebenarnya menyeronokkan. Konsep 'MARI MEMBACA' yang dijalankan pada hari tersebut dikunjungi seramai 94 pengunjung.

Program pameran dan promosi tersebut diadakan supaya ibubapa dan guru akan memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk berkunjung ke Perpustkaan Desa Kg Ladang Batu. Selain itu, tujuan kami mengadakan ruang pameran tersebut adalah sebagai program promosi dengan memperkenalkan Perpustakaan Desa Kg Ladang Batu, memperkenalkan pelbagai genre buku yang terdapat di perpustakaan, segala aktiviti yang telah dijalankan, kemudahan dan sebagainya.

Selain itu, pihak kami juga ada mengedarkan 'flyers' kepada ibubapa dan guru serta 'Penanda Buku' yang akan diberi kepada mereka yang mendaftar menjadi ahli . Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar, ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi bekerjasama


'Bookmark' untuk mereka yang mendaftar menjadi Ahli Perpustakaan PD Kg Ladang Batu dan PD Kg Batu Laut




flyers untuk para pengunjung dan ahli baru












koleksi buku yang ada di perpustakaan kami















sannyza , saluah & khairunnisa'










suasana di SK Batu Laut













Koleksi Majalah












Kunjungan dari YB Satim Damim











Menandatangi buku pelawat















Kay melayan karenah para pelajar











Kat tepi longkang pon boleh baca buku taw...














Safura dan Saffa
















Pn Azizah mengisi borang keahlian dibantu oleh Khairunnisa

























Pelajar sekolah mula berkerumun seawal jam 7.00Am












Antara pameran buku












Ibu bapa turut serta













Kempen keahlian











Mamat sibuk melayan karenah pelajar sekolah

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu