Assalamualaikum kepada mereka yang sudi menjenguk blog ini, kami amat berbesar hati dan menghargainya. Cuti sekolah adalah hari yang sungguh sibuk bagi kami melaksanakan aktiviti di dalam perpustakaan. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai syarat memenuhi SKT (Sasaran Kerja Tahunan) kami , tetapi lebih daripada itu. Dengan adanya aktiviti yang diadakan di perpustakaan, ianya bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang para pengunjung tetapi juga dapat menimba pengalaman dan pengetahuan yang sungguh berharga. Sebenarnya aktiviti yang kami laksanakan ini, bukanlah dari pengetahuan kami sendiri kami juga belajar dan mengajar. Banyak sumber yang boleh di perolehi seperti internet, youtube, buku-buku yang ada di perpustakaan malah majalah yang telah dibekalkan seperti Majalah Kuntum, Asuh, Dewan Pelajar, Upin dan Ipin dan sebagainya... Yang penting adalah bagi kami 'Dimana ada kemahuan di situ ada jalan'...
Sebenarnya, hanya dengan menggunakan sehelai kertas, beribu kreativiti boleh dihasilkan contohnya adalah aktiviti kali ini iaitu Kraf Sangkar Burung yang sungguh comel ini. Mudah sahaja untuk hasilkannya, saya rasa bila anda semua melihat hasil yang telah dipaparkan anda juga dapat melakukannya. Pada 23 Mac 2013, seramai 7 peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah berjaya menghasilkan kraf sangkar burung dengan begitu cantik dan mudah sekali ..
Inilah hasilnya ...
0 comments:
Post a Comment