Pada 15hb Mac 2013 pihak perpustakaan telah menganjurkan sebuah aktiviti yang diberi nama Kraf Layang-Layang. Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah menyertainya. Kraf ini memang sungguh comel sekali dan sesuai dilakukan oleh kanak-kanak, mesti mereka akan gembira untuk membuatnya. Melakukannya juga sungguh mudah sekali, anda hanya perlu kreatif dalam melakar corak apa yang ingin diletakkan ke atas layang-layang tersebut.
Inilah hasilnya, mereka membuat corak wajah manusia ke atas layang-layang mereka, ada wajah ceria, selamba dan juga wajah menangis ... heeee, kreatifkan ...?
0 comments:
Post a Comment