Comel !! itulah yang boleh saya katakan apabila terlihat kraf ini di fb, saya terlupa linknya tapi yang saya tahu kraf ni dari Venezuala, memang tak faham dengan tulisannya tapi dia dah tunjukkan langkah-langkah berdasarkan gambar yang diberi. Mujur N1 saya Pn Rohaya boleh faham dan dia mencari idea dari macam mana hendak membuatnya selain membuat latihan sendiri, beliau turut melakarkan template frog ini berdasarkan gambar yang telah di beri. Seronoknya buat kraf ni selain comel ia juga boleh dijadikan sebagai pensil, mesti cantik kalau di hias di meja pelajaran anak-anak anda.
Oleh itu, pada 12 Januari 2013 kami telah berjaya melaksanakan aktiviti ini bersama pengguna perpustakaan dan disertai oleh seramai 9 peserta.
Inilah hasilnya .... Comeiiiiii kan ...???
0 comments:
Post a Comment