Pada 31 Januari 2013 yang lalu kami berkesempatan membuat lawatan ke PDK Permata Kasih, Tanjung Sepat. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat pinjaman berkelompok, mambuat sedikit aktiviti dan ingin mempelajari cara-cara membuat bingkai gambar menggunakan batang pisang.
Alhamdulillah seramai 24 orang telah menjadi ahli baru di PD Kg Ladang Batu. Kedatangan kami telah disambut baik oleh Penyelia PDK itu iaitu Pn Razliah Rosdi bersama kakitangan yang lain. Sebenarnya memang kami teruja untuk membuat lawatan di sini kerana mendapat tahu di PDK ini banyak kraf kreatif yang dihasilkan seperti Bingkai Gambar yang menggunakan batang pisang, Bunga Telur yang menggunakan kertas surat khabar, keychain dan brooch yang menggunakan kain felt, hiasan tudung saji dan sebagainya.
Kedatangan kami bersama bagasi berwarna hijau tu, bukan ape senang nak bawa buku .. pakai tarik dan tolak sahaja .. heee
kanak-kanak ni memang hyperactive ... takut sangat nak dekat, memang respect kepada staf di sini kerana sabar melayan.
Pn Razliah menunjukkan cara bagaimana batang pisang diproses.
Agak sukar juga, batang pisang di kisar hingga halus, rendam, letak pewarna dan bau ... patutlah bila saya dekat bau durian, rupa-rupanya mereka letak perisa durian ... rasa nak minum aje .. heee
Memang banyak step, tetapi pelatih-pelatih OKU ni dah diajar cara bagaimana untuk melakukannya, Apabila sudah direndam, letak pewarna kemudian kena tapis dengan menggunakan peralatan khas yang dibuat sendiri.
Apabila sudah siap ditapis, hampas batang pisang itu dilletakkan di karpet kemudian jemur semasa cuaca panas.
Sudah siap dijemur, kemudian di gelek pula supaya menjadi rata .. macam buat biskut pula ye ...
Inilah hasilnya .. banyak krag boleh di hasilkan seperti membuat bingkai gambar, kad ucapan, kad aturcara dan sebagainya.
Ini pula pelatih OKU sedang membuat kraf menggunakan kain felt .. antaranya keychain, brooch, bekas pensil dan sebagainya... cantik dan kemas tau
Ini pula pelatih OKU sedang menggulung kertas surat khabar untuk dijadikan bunga telur.
Pelatih OKU ini pula sedang menyiapkan tudung saji dengan menggunakan riben, sungguh kemas dan teliti tau.
Seperti di Tadika, jam 10 am juga adalah masa untuk makan...
Sebenarnya setiap pelatih telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, mengikut tahap pemikiran dan keupayaan pelatih itu sendiri.
Aktiviti mewarna sedang dijalankan selepas sarapan pagi..
Ribuan terima kasih kepada Pn Razliah Rosdi , seluruh kakitangan PDK Permata Kasih, Tanjung Sepat serta pelatih kerana sudi menerima kunjungan kami. Amat seronok kerana mendapat layanan mesra dari semua pihak, apabila datang ke sini saya dapat mempelajari banyak perkara baru. Saya memang respect kepada petugas kerana sabar dalam melayan karenah pelatih yang mempunyai pelbagai sikap tersendiri.
0 comments:
Post a Comment