Wednesday, May 30, 2012

♥ Kraf Ais Krim Sundae ♥

Aktiviti        : ♥ Kraf Ais Krim Sundae ♥
Tarikh         : 30hb Mei 2012
Penyertaan  : 16 peserta { RE = 2 , KK=14}

Bahan-bahan / Peralatan :
  • Tepung Gandum
  • Garam
  • Air
  • Pewarna Makanan ( Merah, Kuning & Hijau)
  • Cawan Kertas


Aktiviti kali ini lebih santai kerana para peserta begitu teruja untuk melakukannya. Kraf Ais Krim Sundae di pilih kerana ia mudah di lakukan dan sudah tentu kanak-kanak akan menyukai aktiviti seperti ini. Seramai 16 peserta telah menyertainya dan ia dilakukan secara berkumpulan iaitu 1 kumpulan mewakili  2 peserta. Nama-nama kumpulan adalah berdasarkan nama-nama ais krim yang mereka gemari, antaranya adalah :-

  1. Tutti Fuitty
  2. Walls
  3. Ais Krim Goyang
  4. Ais Krim Colet
  5. Ais Krim Pop
  6. Cornetto
  7. Ais Krim Malaysia
  8. Ais Krim Magnum

Di ruang legar PD PNM Kg Ladang Batu
Masing-masing sibuk menguli tepung gandum
Kumpulan Ais Krim Pop

Sibuk menghias Ais Krim masing-masing
Habis berselerak .... :)


Di tepi longkang pon boleh, janji boleh buat ais krim .... (^_^)




Tadaaaa!!! Inilah hasilnya Ais Krim Sundae .... Sedap kan ....?
Para peserta sibuk pose dengan hasil kreatif mereka
Jangan mamam tau farisya ... ini ais krim main-main sahaja ... (^_^)

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

0 comments:

Post a Comment

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu