Monday, September 5, 2016

Program Hari Kemerdekaan Ke 59 Bersama Kanak-kanak Tabika

Program Hari Kemerdekaan Ke 59 Bersama Kanak-kanak Tabika ini merupakan kerjasama bersama (jv) dengan Pusat Internet 1 Malaysia,Kg Kundang (PI1M). Program ini telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2016 yang lalu bertempat di PI1M Kg Kundang.

Di antara aktiviti-akviti yang kami laksanakan sepanjang program tersebut adalah:-
1 : Perarakan dari Tabika KEMAS Kg Kundang ke PI1M Kg Kundang
2 : Persembahan Tarian Zapin dari kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Orang Asli, Tg Sepat
3 : Persembahan Bercerita 
4 : Aktiviti Mewarna Bendera Malaysia secara online
5 : Nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos serta Tayangan Upin dan Ipin












Terima kasih diucapkan kepada kakitangan PI1M Kg Kundang iaitu saudari Norarzian dan Nurfarahin kerana memberi kerjasama yang cukup baik kepada kami.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada cikgu Tbk KEMAS Kg Kundang iaitu Cikgu Fazilah dan pembantunya serta cikgu Tbk KEMAS Kg Org Asli iaitu cikgu Zuraidah


❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Lawatan dari Tabika KEMAS Kg Batu Laut

Alhamdulillah, terima kasih dengan kehadiran adik-adik dari Tabika KEMAS Kg Batu Laut serta cikgu-cikgunya iaitu Cikgu Maizatul Akma dan Cikgu Siti Amnah yang sudi melawat ke perpustakaan kami pada 12 Ogos 2016 yang lalu...

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena kedatangan mereka ke perpustakaan kami juga bersempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :-

Pertama :
AKTIVITI JOM BACA BUKU
Adik-adik tabika perlu mencari bahan bacaan yang mereka inginkan di rak-rak buku yang telah disediakan, keutamaan adalah rak buku kanak-kanak. Sungguh teruja mereka dapat mengambil pelbagai buku yang ada di dalam rak tersebut, mana taknya pelbagai buku yang menarik dapat menarik perhatian mereka.

 Kedua:
AKTIVITI SAINS (AIR BERJALAN)
Aktiviti ini memerlukan kami melakukan demo kepada adik-adik bagaimana aktiviti sains (air berjalan) ini dilakukan. Caranya adalah dengan mengisi 6 gelas cawan berisi air paip. Kemudian 3 cawan secara berselang diletakkan perwarna makanan mengikut warna kesukaan seperti warna biru, merah dan hijau. Kemudian letakkan tisu tandas di setiap cawan tersebut dan basahkan tisu tersebut, maksudnya cecahkan tisu di dalam air setiap cawan. Tisu tidak perlu di putuskan atau koyak. Lama kelamaan air akan menyerap tisu tersebut bersama pewarna, sungguh cantik warnanya, kanak-kanak sungguh teruja.


 Ketiga:
AKTIVITI SAINS (GUNUNG BERAPI)
 Aktiviti ini juga memerlukan kami melakukan demo bersama adik-adik bagaimana melakukan aktiviti sains (gunung berapi). Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
i- Botol mineral (kecil)
ii- Soda bikarbonat
iii - Cuka masakan
iv- doh tanah liat (tepung gandum,garam & air)
v- Pewarna merah

Caranya saya akan tunjukkan pada entry akan datang ya InshaAllah.


Ketiga:
Mewarna Bendera Malaysia!

Keempat :
Persembahan Bercerita dari adik yang bernama Gabriel

 Kelima:
Nyanyian Lagu Tanggal 31 Ogos bersama kibarkan bendera Malaysia yang mereka dan warnakan.


Terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak kami kepada cikgu dan adik-adik dari Tabika KEMAS Kg Batu Laut kerana memberikan kerjasama yang amat baik...

Jumpa Lagi!!



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu