Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa Ramadhan 2013

Assalamualaikum wbt kepada mereka yang sudi menjengah blog perpustakaan ini. Semua sedia maklum iaitu pada hari ini bersamaan 10hb Julai 2013, semua umat Islam dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan. tidak ketinggalan kami selaku petugas Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung dan ahli perpustakaan ini.

Semoga Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan keredhaan untuk diri kita, jalanilah ibadah puasa dengan penuh keikhlasan supaya segala ibadah dan amalan kita akan diterima olehNya.

Sepanjang bulan Ramadhan ini waktu perkhidmatan perpustakaan telah di ubah, sila perhatikan gambar di bawah. InshaAllah, aktiviti perpustakaan akan dilaksanakan seperti biasa dengan keizinan dariNya.


Sedikit lagu untuk menceriakan hari anda sempena bulan Ramadhan ini ...




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu