Saturday, June 22, 2013

Program Ramah Mesra Bersama Penduduk

Program Ramah Mesra Bersama Penduduk ini merupakan sebuah program yang julung-julung kali diadakan di perpustakaan kami. Sebenarnya program ini adalah berkaitan dengan sambutan hari lahir, sambutan hari ibu dan sambutan hari bapa.

Seramai lima (5) orang yang mempunyai hajat untuk menyambutnya iaitu Siti Nur Safura Binti Amir Hamzah (15 thn) , Nur Elisma Natasha Binti Ramli (17 thn), Muhammad Khusairi Bin Khalid (9 thn), Khairolanwar Bin Hj Awalludin (12 thn) dan Nur Sarah Nasuha Binti Norsamsi (2 thn).

Perancangan ini mengambil masa selama 2 minggu untuk menyediakannya. Sedikit perbincangan telah diaturkan di perpustakaan di mana ibu-ibu mereka telah sepakat untuk berkongsi duit untuk membeli kek, kemudian masing-masing diberi tugasan untuk membawa makanan seperti Ibu Nurelisma Nastasha membawa mihun/mee tomyam, ibu Siti Nur Safura membawa air minuman, popia dan nudget, ibu Muhammad Khusairi membawa wedges dan kek, ibu Nur Sarah Nasuha membawa roti jala dan buah-buahan, manakala ibu Khairolanwar pula membawa jajan untuk di bawa pulang.

Kemudian, saya bercadang untuk menyambut Hari Ibu dan Bapa sekali pada hari berkenaan, Alhamdulillah mendapat persetujuan daripada mereka, oleh itu kami menyediakan kek tambahan untuk Hari Ibu dan saya memberi sumbangan gubahan pulut kuning untuk acara Hari Bapa pula.

Alhamdulillah mendapat sambutan diluar jangkaan, ramai juga yang menjadi ahli baru perpustakaan. Seramai hampir 100 orang mengunjungi perpustakaan merangkumi golongan warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus melaksanakan program ini.

 sebilangan AJK Surau An Nur Kg Ladang Batu, kami jemput mereka selesai Solat Zohor
 Sebilangan pengunjung yang berada di dalam perpustakaan
 Diantara menu-menu yang dibawa oleh para ibu-ibu
 Penyediaan mihun/mee untuk tomyam
 Mereka adalah biras ... Pn Hj Kusirah (Ibu saya) dan Pn Ainon
 Yang berada diluar perpustakaan
 Acara memotong kek. Kek berbentuk nombor 6 sebagai simbol bulan 6

 Mereka yang hadir ...

 Dari kiri Khairolanwar, Khusairi, Sarah (dukung), Safura dan Natasha
 Acara potong kek untuk ibu-ibu ...
 Acara potong pulut kuning untuk bapa-bapa
 Suasana selepas acara dilaksanakan
 Makan di luar sebab panas di dalam perpustakaan, heeee kat luar banyak angin kata wak-wak tu ..
 Selamat menjamu selera ..
 Farid dan Khairudin menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk 'Hargai Pengorbanan Ibu dan Bapa'
 Candid bersama rakan-rakan mereka

 Khusairi dan ibunya Pn Samilah Binti Mundagir




 Sarah bersama ibunya Naza' Azura Binti Bujari
 Saya bersama Naza' Azura (sepupu)

 Tasha bersama ibunya Pn Nurul Hafliza Binti Chailany

Seronok buat program seperti ini, kerana dengan program ini kami dapat berkumpul dan mengeratkan tali silaturahim bersama penduduk kampung. Di harap, program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di lain kali ...

Terima kasih kepada semua penyumbang makanan dan yang membantu menghias perpustakaan ...

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, June 8, 2013

Program Riadah bersama Pengguna

Pada 08hb Jun 2013 yang lalu, kami berjaya melaksanakan sebuah program berbentuk mini sukaneka. Program ini sebenarnya tidak dirancang oleh kami, tetapi di oleh kerana mendapat permintaan daripada mereka dan memandangkan penghujung cuti sekolah pertengahan tahun, kami bersetuju mengadakan mini sukaneka ini. Hadiah tidak disediakan, harap maklum.

Penyertakaan kali ini adalah seramai 24 peserta termasuk remaja dan kanak-kanak. Mereka telah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu serama 6 orang dalam satu (1) kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut di beri nama mengikut warna iaitu Hitam, Putih, Pink dan Purpla.

Acara ini terdapat dua (2) kategori iaitu 'game outdoor' dan 'game indoor' . Aktiviti outdoor adalah seperti acara :-
Lari Dokong Anak
Lari Berpasangan
Lari Kaki Sebelah
Lari Bawa Air Guna Penyedut Minuman

Sedikit galeri gambar sepanjang aktiviti dilaksanakan.

 Pembahagian kumpulan
 Persediaan sebelum acara dimulakan

 Acara Lari Dokong Anak





 Sampai tergolek emylia dan husna

 Acara Lari Berpasangan









 Acara Lari Kaki Sebelah



 Acara Bawa Air Guna Penyedut Minuman




 Selesai acara outdoor, setelah berehat sebentar dan minum, acara indoor pula berjaya dilaksanakan. Antara acara indoor tersebut adalah Mumia yang menggunakan surat khabar dan acara solek kawan.
















 kabur pula gambar ni ...
 Selesai acara Mumia, berehat dan makan. Saya seronok sangat sebab ada yang sudi membawa makanan dari rumah. Saya hanya menyediakan Nasi Lemak dan Pn Rohaya menyediakan air minuman.
 Sebenarnya sehari sebelum tu saya sudah berpesan kepada mereka untuk membawa 'pot luck' ... Adik-adik yang tak faham tu boleh tanya ... "Acik Wawa pot luck tu ape" ... heee sweet sngat soalan tu. Jadi saya jawablah pada adik-adik tu, "bawak laa apa-apa yang mak masak, macam cengkodok ke, lempeng ke" ... Memang betul mereka bawak cengkodok ... banyak perisa dan bentuk cengkodok yang dibawa oleh mereka.. Apa-apapon Acik wawa ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi bawa pot luck tu ...
 Seterusnya Acara Solek Kawan pula ... memang 'happening' waktu ni ...






















 Setelah selesai acara solek kawan, permainan di teruskan dengan permainan kotak beracun. Permainan kotak beracun ni mudah sangat dan seronok. Kita perlu sediakan sebuah kotak yang berisi beberapa helai kertas yang digulung, kertas tersebut merupakan denda yang akan dikenakan kepada mereka apabila muzik dihentikan kotak beracun tersebut ada pada mereka .


Alhamdulillah, semua acara dapat dilaksanakan dengan penuh keseronokan dan kegembiraan. Semoga adik-adik akan jadikan program ini sebagai kenangan dan kunjugilah perpustakaan lebih kerap untuk meminjam buku dan gunakan perpustakaan ini sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan.




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu