Wednesday, May 29, 2013

Alarm Clock

D.I.Y Alarm Clock ... saya cuba dahulu.

Sebenarnya banyak barang-barang yang kita boleh gunakan untuk membuat kraf yang cantik, betul tak. Contohnya inilah dia kraf 'Alarm Clock' atau Jam Loceng. Bahan-bahan terbuang seperti CD contohnya, boleh digunakan pelbagai kraf , daripada dibuang begitu sahaja. Saya percaya setiap rumah mesti ada CD yang banyak tidak digunakan sebab dah calar-calar. Oleh itu, apa kata anda mencubanya dan hias bilik anda dengan kraf seperti ini mesti lebih menarik.

DI SINI saya sertakan template untuk membuat alarm clock ini. Anda boleh ubah dan hias mengikut kreativiti anda sendiri. Oleh itu, pada 29hb Mei 2013 kami berjaya laksanakan aktiviti ini dan disertai seramai 15 peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.











❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, May 28, 2013

Paper Fall Fruits

Sempena cuti sekolah pertengahan tahun ini, banyak aktiviti  perlu kami laksanakan. Kadang-kadang apabila kami tidak mahu laksanakan aktiviti, pengunjung terutama kanak-kanak pula yang menginginkannya. Untuk itu, kami dengan sedaya-upaya penuhi permintaan mereka juga sebagai memenuhi masa lapang cuti sekolah.

Paper Fall Fruits ini dikelolakan oleh Pn Rohaya.Mudah sahaja untuk membuatnya, anda boleh rujuk DI SINI untuk mengetahui cara-caranya. Aktiviti ini dilaksanakan pada 28hb Mei 2013 dan disertai oleh 16 peserta termasuk kanak-kanak dan remaja.



 hanya gunting-gunting sahaja ....




Hasil kreativiti para peserta ... ada beberapa buah berjaya dibuat seperti buah epal, buah tembikai dan buah lai ....




❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, May 25, 2013

Aktiviti Mewarna

Sebenarnya aktiviti mewarna ini saya kurang laksanakan sebab, kebanyakan pengunjung terutama kanak-kanak sendiri yang memintanya. Mereka gemar mewarna mengikut karakter-karakter kegemaran mereka sendiri. Setiap hari bila tiba cuti sekolah, mereka pasti akan menyuruh saya cetak beberapa karakter kartun yang mereka gemar dan mewarnakannya mengikut kreativiti sendiri. Kami hanya memantau dan mengajar serba sedikit teknik-teknik mewarna supaya lebih kemas dan cantik.



 sweet pula tengok gambar ni ... farisya dan khairizan
 Mereka ni laa kalau masuk perpustakaan mesti suruh cetak kartun untuk diwarnakan.

Baru 2 tahun, saya beri sehelai kertas dan warna untuk di conteng-conteng sahaja.



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, May 11, 2013

Bouquet For Teacher

Sempena sambutan hari Guru yang bakal disambut pada 16hb Mei 2013 ini, kami berkesempatan mengadakan aktiviti yang diberi nama Bouquet For Teacher. Aktiviti ini adalah berbentuk kad, kemudian mereka hias dihadapan kad tersebut dengan jambangan bunga. Bunga itu pula mereka bentukkannya mengikut kreativiti sendiri. Selain kertas, kain felt juga digunakan kerana kekurangan kertas warna di perpustakaan ... heeeeee

Aktiviti ini dilaksanakan pada 11hb Mei 2013 dan disertai seramai 7 orang peserta termasuk remaja dan kanak-kanak.








❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Friday, May 10, 2013

Kad Jemputan Hari Ibu

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 12hb Mei 2013 ini, kami bercadang untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena hari ibu. Antaranya adalah aktiviti membuat Kad Jemputan Hari Ibu.

Kali ini, saya membuat kelainan sedikit. Kebiasaannya hanya membuat kad-kad jemputan yang agak biasa juga. Untuk anda yang ingin mencubanya boleh Klik di sini untuk mendapatkan template kad ini. Kad jemputan berbentuk tong air yang digunakan untuk menyiram pokok bunga memang sinonim dan sepadan untuk ibu-ibu kita kan ...? Apa salahnya anda menghadiahkan kad berbentuk seperti ini untuk ibu-ibu anda. Hias cantik-cantik dan tulis perkataan-perkataan yang menyentuh hati. Pasti hari ibu anda pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna.

Aktiviti ini dilaksanakan pada 10hb Mei 2013 dan disertai oleh seramai 6 orang remaja dan kanak-kanak.








❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu