Friday, November 30, 2012

✿ Anyaman Tikar


Tentu ramai yang tahu cara-cara nak buat anyaman tikar dengan menggunakan kertas warna bukan ...? aktiviti yang sungguh mudah, justeru pada 30 November 2012 kami telah mengadakan aktiviti ini dan disertai seramai 15 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak





❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Thursday, November 29, 2012

✿ Aktiviti Gotong Royong

Pada 29 November 2012 yang lalu, aktiviti gotong royong ini adalah tidak dirancang. En Ahmad dan En Basir yang bertugas di Perpustakaan Daerah Kuala Langat telah datang untuk menebang pokok dihadapan perpustakaan ini. Tujuan penebangan pokok ini adalah kerana perpustakaan kami menghadapi masalah semut yang terlalu banyak, sebelum ini saya ada nyatakan di entri ini Serangan Semut.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada dewasa, remaja dan kanak-kanak telah membantu membersihkan kawasan perpustakaan ini. Diantara aktiviti yang dilakukan adalah menebang pokok, membersihkan kawasan sekitar dan menanam pokok bunga. 

 husna dan syamimi 
 wak basir dan en ahmad 





 beraninya wak basir!





3 rakan mengambil kesempatan bermain parit ....

❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Wednesday, November 28, 2012

✿ Teddy Bear Tote


Aktiviti Kraf Teddy Bear Tote ini telah dilaksanakan pada 28 November 2012 dengan penyertaan seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak.










❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Tuesday, November 27, 2012

✿ Kraf Flower Pinwheel

Pada 27 November 2012 kami telah mengadakan aktiviti berbentuk kraf lagi untuk para pengguna yang hadir pada tarikh tersebut. Kraf Flower Pinwheel ini kami perolehi idea daripada web firstpallete .Seramai 17 orang peserta yang menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Cetak template ini Flower Pinwheel Template
Straw Minuman
Gunting
Gam












❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

Saturday, November 24, 2012

✿ Program Bubur Asyura

Lanjutan daripada Program Bacaan Surah Yassin dan Tazkirah Awal Muharram itu, Ustazah Rokiah ada mengatakan bahawa kita boleh mengadakan jamuan atau membuat Bubur Asyura sebagai simbolik kepada Awal Muharam tersebut. Seelok-eloknya adalah pada 10 Muharram. Oleh itu, kami bersepakat untuk mengadakan program tersebut pada 24hb November 2012 dan disertai oleh seramai 21 orang peserta termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Dengan menggunakan sedikit duit aktiviti yang diberikan oleh pihak pengurusan , kami dapat menjalankan aktiviti ini dengan lancar. Kami hanya meminta sumbangan secupak beras kepada para pengunjung untuk membuat bubur, manakala bahan-bahan masakan kami sediakan.


 
persediaan untuk membuat bubur asyura
 
panaskan kuali dahulu untuk menggoreng tauhu, ayam, kacang tanah dan bawang goreng
Pn Rohaya yang ditugaskan untuk menggoreng bahan-bahan yang diperlukan 
sedang menyiat ayam goreng untuk dijadikan bahan hiasan bubur asyura
 sessi gotong-royong


sessi menumis bawang besar dan bawang putih

bubur asyura yang hampir siap

nampak macam sedap ..? heee memang sedap pon alhamdulillah
tenaga atau tukang masak bubur asyura
sudah siap masak, masa untuk menghidangkan kepada pengunjung perpustakaan

saya memberi sedikit tazkirah mengenai pengertian dan simbolik bubur asyura ini kepada pengunjung perpustakaan






sedang membuat bungkusan untuk diberi kepada orang kampung, alhamdulillah cukup untuk 1 kampung



❝ Rajin Membaca, Pasti Berjaya ❞

 

Perpustakaan Desa PNM Kg Ladang Batu Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Copyright© All Rights Reserved PD PNM Kg Ladang Batu